Laskar Pelangi

Hari ini aku tergerak hati untuk mendengar lagu ‘”Laskar Pelangi” yang dinyanyikan oleh Kumpulan Niji, very nice song, and da lyric sangat memberi makna kehidupan yang sebenar. Namun, disebalik lagu itu sebenarnya memiliki sebuah cerita yang amat menarik untuk di tonton oleh semua golongan usia, “Laskar Pelangi Movie” is a very nice story, dan secara tidak lansung memberi suntikan semangat dan kesedaran untuk diri aku,yang ingin memulakan hidup yang lebih baik dan bermakna.


Ceritanya terjadi di desa Gantung, Kabupaten Gantung, Belitung Timur Indonesia. Bermula Ketika “Sekolah Muhammadiyah” terancam akan dibubarkan oleh Depdikbud Sumsel, sekiranya tidak mencapai pelajar baru sebanyak 10 orang. Ketika itu baru 9 pelajar yang menghadiri sekolah tersebut, akan tetapi ketika Pak Harfan, iaitu pengetua sekolah ingin memberi ucapan penutupan sekolah, Harun dan ibunya datang untuk mendaftarkan diri di sekolah kecil itu. Harun, anak istimewa itu telah menyelamatkan keadaan telah mengembirakan hati Cikgu Muslimah, yang merupakan satu-satunya guru wanita yang memiliki semangat yang kuat untuk mengekalkan satu-satunya sekolah di Belitung yang memberi peluang kepada anak-anak miskin untuk menimba ilmu sama seperti anak-anak yang lain.




Dari sanalah bermula cerita mereka. Bermula dari penempatan tempat duduk, pertemuan mereka dengan Pak Harfan, perkenalan mereka yang luar biasa di mana A Kiong yang keliru ketika ditanyakan namanya oleh guru mereka, Bu Mus (cikgu Muslimah). Kejadian bodoh yang dilakukan oleh Borek, pemilihan ketua klas yang dibantah keras oleh Kucai, kejadian ditemukanya bakat luar biasa Mahar, pengalaman cinta pertama Ikal, sampai pertaruhan nyawa Lintang yang mengayuh basikalnya 80 km pulang dan pergi dari rumah ke sekolahnya,beliau terpaksa menunggu “sang buaya” melintas setiap hari untuk menuju ke sekolah is a very interesting.

Mereka, Laskar Pelangi- Nama yang diberikan oleh Bu Mus akan kesenangan mereka terhadap pelangi, Mereka sempat megharumkan nama sekolah dengan berbagai cara. Seperti membalas dendam Mahar yang selalu diejek oleh kawan-kawanya kerana minatnya pada seni yang membuahkan kemenangan manis pada carnival 17 Ogaos, dan kebijaksanaan Lintang yang mampu mengaira dengan cepat dan mengalahkan sekolah yang lebih baik dari mereka.





Laskar Pelangi mengaharungi hari-hari menyenangkan, tertawa, dan menagis bersama. Kisah Sepuluh kawan ini berakhir dengan kematian ayah Lintang yang memeaksa pelajar pintar itu berhenti sekolah dengan sangat mengharukan,I was cry..huhuhu..sedih sudah. Dan dilanjutkan dengan kejadian 12 tahun kemudian di mana Ikal yang melanjutkan pelajaranya luar dr pulau Belitong telah kembali ke kampungnya. Kisah indah ini ringkas dengan watak yang mengharukan oleh Andrea Hirata, bahkan kita boleh merasakan semangat masa kecil angota sepuluh Laskar pelangi ini..

Antara kata-kata yang tidak dapat aku lupakan dalam cerita ini adalah kata-kata dari Pengetua Sekolah Mereka.

“ Yang harus di ingat, jangan pernah menyerah, hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, dan bukan menerima sebanyak-banyaknya.”

Melalui cerita ini telah memberikan aku satu pengertian hidup yang paling bermakna sekali, menjelang hari lahir aku ini, aku ingin mewarnakan kembali hidup aku seperti "Laskar Pelagi"..hehheh..mungkin ada yang mersakan aku nie "POYO", but i dont care org nak cakap ape, tp itu yang akan aku lakukan, i just wnt to be myself yang lama sudah aku tinggalkan, jadi diri sendiri, itu yang aku mahu..thanks to someone, yang telah sedarkan aku semua ini,aku akan ingat smpai bila-bila. Thank You so much Laling..you know that rite..this is for you.you are da gret friend. Thanks To all yang memberi semangat pada aku untuk bagun semula,tak lupa pada yang telah menjatuhkan dan menghancurkan hidup aku selama ini, naver ever give up..to all my firends yang sentiasa menyokong impian aku thank you so much.

http://www.youtube.com/watch?v=fFZVM8EDbKA

Posted on 12:08 PM by TiM and filed under | 4 Comments »

4 comments:

xookx said... @ June 14, 2009 at 1:47 PM

nice one laling!
suka lagunya

TiM said... @ June 14, 2009 at 2:04 PM

yup..i love too,the best song.

Faz Fazrin said... @ June 15, 2009 at 11:36 AM

jgn lupe cari novelnye skali

naza said... @ September 23, 2009 at 8:54 PM

you should read the novel too..
mmg satu cerita yg bagus..