PhotoShoot D' TTSA




(Will draw with my pastel paint)


Back Action



Assalamualaikum, to all my lovely friend. Hope you all sihat sehajtera kehendaknya. Last weekend (Saturday nite like fever) ehhehhe..Amirol. eiden, faiz, mr.along, and me was shooting at TTSA. Actually semua itu adalah kebetulan, Amirol from Segamat and their friend will join a part of wedding workshop by mR. Ahmad fairuz ( i guest) at putrajaya. So b4 that Amirol call me and want to meet me, sbb tak pernah jumpe pun sebelom nie..hahahaha..so i pun join lah dorg nie, in da same time dorang nk wat photoshoot sikit so i tolong lah mane patut..lagi pun i dah lame tak mengadap camera nie..huhuu..like pencen lak..haahaa.but its ok, i enjoy it.

First meet them like mamber lame sudah, ehheehe, sporting giler. takut gak, kang serious sgt mau aku diam je.ehheheehe..but everything its good and fun. First place, kami singgah seksyen 13, aku pun dah lame tak pegi, ada tpt baru. lepak minum dulu huhuhu..chantik sekali, best lepak situ. sh alam seminggu tak pg ada je yang berubah..huhuhu..miss tht.

Than Kami bergerak ke TTsA ( Taman TAsik Shah Alam) huhuhu..tempat mula-mula aku wat assignment, part one. Adeh...teringat lah lak,and situlah tempat aku suke berjoging dengan hajar, sambil usya-usya Rina kat wetworld tenagh kerja..hahahahaha.. TTSA time malam tak berape cun, coz tak banyak environment yang di tonjolkan..so nasib baik ada secubit island like tanjung kat tenagh2 tasik tue, so we dicide shoot kat situ, so kene berjalan kaki lah sikit dalm gelap.. nie kene complain MBSA balik nie, Agak2 nak jimat pun jaganlah sampai kedekut lampu..kalu jadi ape2 sape yang nk bertanggungjawab?? penat every sem, we corse make management plan tak gune..hampeh (kata org perlis)..

So we start shoot that place, cun, ada spotlight free ehhehehe..first time poss malam2 ehhehehe..xtau nk wat pe..just smile...hahahaha..but oklah, sakit mato den keno speedlite, tp baik2 aje..syok gak shoot nagn dorg nie, lawak..hahahahaha..aku gelak dalam hati ( jangan Marah ha...). Mohon Maaflah kalu poss tak cun,hehehe..i'm not supper model..huhuhu..next time will be kot..hahahaha..

So finish around 12am, and they dside lepak at klang ( Berkeley Conner) bak kata Mr.along Like TT Klang lah konon..hehehehe..jauh betul dorg pg TT. Cam2 story, dari camera, spa, sampai bantal busuk pun masuk gak hahahaha..sape punye lah tue. sedar tak sedar kul 5.30am kami lepak,huhuhu..aku leh sahur sekali lah..thanks Faiz belanja makan ehhehe..lain kali belanja lagi eh..( sure die xmoh jumpe aku lagi ehhehe) memang TT habis nie. Dah lah sok pg dorg ada workshop adeh..leh bagun ke?? hope so.. Thanks to Amirol, sudi ajak join, best sgt walaupun sebenarnye aku nk demm..tp gagahkan jugak (tak Hingat) hehhe..hope next time leh jumpe lagi..will miss u all..muah...ehheheehehe..









Photo by Amirol (thanks)

To faiz,eiden,and mr.ahlong, "mau pic dari kamu huhuhu..sendlah"

Posted on 2:00 PM by TiM and filed under | 3 Comments »

Tanggungjawab, Pengaruh dalam Kehidupan


Apabila kita berkata tentang tanggungjawab, kadang2 aku melihatnya daripaada sudut tanggungjawab kepada keluarga atau kerja sahaja. Tetapi aku lupa tanggungjawab aku pada pencipta. Tangguangjawab ini terlalu besar untuk dipikul. Namun, aku tidak boleh melihatnya sebagai satu bebanan semata-mata. Perlu terokai dalam diri aku, sejauhmana tanggungjawab yang dimiliki. sifat tanggungjawab ini sebenarnya telah berada dalam diri semenjak seseorang itu di lahirkan. Ia bukan datang sendiri tetapi dibentuk dr masa ke semasa.

Kita semua mempunyai peranan dan setiap peranan mempunyai tanggungjawab. Apabila aku mempunyai peranan sebagai seorang anak, maka aku harus menjalankan tanggungjawab berbakti kepada ibu bapa. Sebagai anak, adakah aku menjalankan tanggungjawab ini? begitu juga tangungjawab kepada ahli keluarga lain.

Dari sudut agama, peranan aku sebagai seorang hamba adalah tanggungjawab aku kepada TUHAN. Adakan kita disuruh melakukan tanggungjawab ini?? Sudah pasti Ya..kerana ia menjadi satu pekara wajib dan tiada alasan untuk menolak atau meminggirkanya. Dalam agama, kita telah diingatkan untuk menjadi seorang insan yang bertangguangjawab terhadap apa yang dilakukan. Seperti yang selalu diperkatakan "berani buat berani tanggung lah"ahahhahaha..sekarang baru aku sedar akan maksud tersurat itu. Tanggungjawab ini melibatkan peranan diri kepada TUHAN dan juga pada diri sendiri.

Aku harus menekankan dalam diri aku dengan rasa tanggungjawab yang menebal. Tangguangjawab ini datangnya daripada dalam hati. Apabila aku melaksanakan tnaggungjawab, secara tidak lansung, ia pelu dilakukan denagn jujur dan ikhlas kerana kita perlu melihatnya sebagai satu kewajipan. Jangan laksanakan tangguangjawab hanya kerana ingin menunjukan kepada orang lain bahawa anda bertanggungjawab. Ayat yang selalu aku dengarkan " yang kau suke menyibuk pe hal.." ahhahaha..seharusnya yang bertanya itu, yang perlu menjawabnya..sama ada dia melaksanakan tanggungjawab yang diberikan itu dengan baik atau tidak. jiKa tidak ada angin, masakan pokok boleh bergoyang. Pasti ada yang tidak sempurna betul tak..??

Pekara utama yang perlu ada didalam hati bagi memastikan rasa tanggungjawab itu sentaisa segar dan diperaktikan dalam kehidupan adalah dengan memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah bahawa tanggungjawab ini bukan hanya dunia tetapi kesanya adalah dimasa hadapan iaitu di akhirat. Semua yang kita lakukan akan dinilai kembali disana. Adakah aku telah bersedia untuk menghadapinya??huhuhu..

Sejauh manakah pentingnya sikap tangguangjawab ini kepada diri aku dan sebesar manakah kesan serta pengaruhnya dalam kehidupan aku?? ia terlalu besar untuk membentuk sasiah diri aku. pengaruh kepada sikap tanggungjawab ini akan mendorong orang sekeliling membuat andaian tentang diri aku. berbagai andaian telah aku terima, baik dan buruk..harus aku terima sambil tersenyum,kerana yang pasti bukan manusia yang mengetahuinya, hanya ALLAH yang Tahu. Maka yang baik harus bersyukur dan yang buruk harus di terima dan perbaiki. Aku mahu menjadi insan yang lebih cermerlang di dunia dan akhirat, insyaallah..
Posted on 2:58 PM by TiM and filed under | 1 Comments »

Merialisasikan Matlamat hidup.


Hidup ini perlukan Wawasan. Ia umpama kompas kehidupan yang memastikan bahawa aku berada diatas jalan dan landasan yang betul menuju penghujung perjalanan yang panjang ini. Wawasan dan matlamat juga menjadi pengukur kejayaan dan pencapaian aku. Tanpa wawasan, aku tidak tahu sama ada aku telah Berjaya atau sebaliknya kerana kejayaan itu sendiri sesuatu yang subjektif dan berbeza ukuranya dari seorang individu denagn individu yang lain.

Sebelum ini aku memliki wawasan dan matlamat hidup,tetapi setelah apa yang telah, berlaku ternyata aku adalah manusia yang terlalu lemah untuk menghadapi cabaran hidup aku sendiri. Oh!!!!! God.. harus bangun semula. Mulakan yang baru untuk Berjaya.!!!!!!!!!!!!!!1

Bagi seorang yang tidak mempunyai pekerjaan seperti aku, maka mendapat kerja tetap itu dilihat sebagai satu kejayaan. Sebaliknya, bagi yang sudah bekerja istilah Berjaya mungkin dari segi kualiti kerja, produktiviti atau kenaikan pangkat. Bagi seorang yang terlibat dalam perniagaan pula, istilah kejayaan bg dirinya mungkin dari segi keuntungan yang diperolehinya. Semakin untung mada die dikatakan sebagai semakin Berjaya.

Walau bagaimana sekali pun kejayaan itu dilihat ia adalah berdasarkan target awal yang telah kita tentukan. Jika kita mencapai apa yang sisasarkan maka bolehlah dikatakan sebagai Berjaya. Tanpa wawasan dan matlamat maka sukarlah untuk kita meletakan sasaran. Dan tanpa sasaran tidak mungkin kita boleh membuat perancangan yang teliti dan mengurus sumber dengan cekap.

Mungkin sebelum ini aku tidak Berjaya disebabkan aku tiada wawasan yang dituju. Aku meneruskan kehidupan seharian berdasarkan nasib atau perancangan yang ditentukan oleh orang lain. Aku sendiri tidak pernah meletakan matlamat dan tidak tahu apa yang berlaku dalam masa 10,15, atau 20 tahun yang akan datang. Sebaliknya, jika aku memiliki wawasan aku sendiri, aku sudah menjangkakan apa yang akan berlaku keatas diri aku kerana aku yang merangcang kehidupan aku dengan memastikan apa yang aku mahu lakukan, siapa yang boleh membantu, peluang yang bagaimana harus direbut dan sebagainya.

Apabila aku mempunayi wawasan maka mudahlah aku membuat keputusan . Wawasan menjadi panduan utama dalam proses membuat keputusan penting dalam hidup kelak. Kita boleh sentiasa meneliti sama ada keputusan yang akan diambil itu mendekatkan kita atau sebaliknya menjauhkan kita dari wawasan yang ada.Wawasan sebenarnya memberikan aku harapan ketika semua orang merasakan bahawa aku tidak boleh atau tidak mampu melakukan. Yang penting ialah aku mesti percaya dengan wawasan yang telah diletakan. Kalu aku tidak percaya maka sukarlah untuk meletakan komitmen dan kesungguhan, seperti yang telah berlaku dalam hidup aku sebelum ini.huhuhuhu…TIDAK!!!!!!!!!!!!

Menurut Pakar Motivasi Dr.Tengku Asmadi T.Mohamad, antara pekara penting dalam meletakan matlamat dan wawasan adalah:-

1. Wawasan mestilah sesuatu yang besar dan bermakna barulah ia mampu menjadi pendorong untuk kita merialisasikannya. Ia mesti cukup mencabar hingga dirasakan mustahil untuk dicapai. Ia mestilah sesuatu yang boleh diterima akal berdasarkan kekuatan diri kita, sumber-sumber yang kita ada dan mereka yang ada untuk membantu kita.


2. Wawasan mestilah ada tempoh masa untuk direalisasikan. Dengan adanya tempoh masa ia mewujudkan rasa kesegeraan. Ia menimbulkan kesedaran akan pentingnya setiap tindakan itu diambil sekarang, bukanya ditangguhkan.


3. Wawasan yang mahu dicapai itu mestilah jelas dan boleh digambarkan dan boleh diperincikan. Kebayakan kita berfikir dalam bentuk visual atau gambaran. Oleh itu, kalau kita boleh menggambarkan setiap wawasan yang mahu dicapai itu secara terperinci maka ia akan menjadi satu tarikan kuat yang akhirnya menuntut kita melakukan apa saja demi merialisasikanya.


4. Wawasan itu perlu dikongsi. Apabila kita mempunyai wawasan maka ia hendaklah dikongsikan dengan orang sekeliling. Maka dengan cara ini kita tahu bahawa apa yang kita inginkan itu bukanlah sesuatu yang sia-sia.


Posted on 5:00 PM by TiM and filed under | 0 Comments »

Sikap Pemaaf perlu ada pada Dalam Diri.


Assalamualaikum, have a good day to all may friend, last weekend aku ada terbaca satu article mengenai sikap pemaaf. Bukan mudah untuk kita sebagai manusia untuk memaafkan sesuatu perkara, lebih-lebih lagi melibatkan hati dan perasaan yang terguris sekian lama,mampukah kita mengatasinya? persoalan itu selalu berbisik di hati aku, harus, terpaksa, atau tak kisah akan keadaan seperti itu, sekiranya aku tidak memaafkan sesuatu pekara,akan berubahkah keadaan atau sebaliknya,maka selalunya aku akan memaafkanya. terlalu lembut sanagtkah hati aku ini sehingga kadang2 aku terasa aku selalu ditindas dan di pergunakan oleh orang lain.

Jelas sekali, apabila seseorang itu telah melakukan kesalahan, pasti akan timbul keinsafan. Apabila keinsafan mula menjelma, pasti akan keluar rasa sesal dan tindakan untuk memohon maaf. Sememagnya sikap yang mulia adalah sikap memaafkan orang lain. Sekiranya aku tidak memaafkan orang, maka dalam diri aku akan timbul sikap lebih buruk iaitu menjadi seorang yang mudah berdendam..hahhahaha..jahat lah pulak.

Amat penting adanya sikap memaafkan orang lain dalam kehidupan seharian. Harus aku sedari yang aku memiliki kelemahan dan kelebihan diri. Dan salah satu kelemahan kita adalah tidak mudah lari dari kesilapan. Maka dengan itu, kita akan memohon maaf daripada orang lain tetapi mengapa kita sendiri sukar untuk memaafkan orang lain apabila melakukan kesalahan??? Adil ke aku nie atau sebaliknya..huhuhuhu.. Kita terlalu mudah untuk menghukum tetapi kita sendiri tidak sanggup untuk menerima hukuman tersebut.

Kita sedia maklum apabila perkataan maaf keluar daripada mulut insan yang melakukan kesalahan itu sedikit sebanyak akan menyejukan hati. Kita sendiri ternanti-nanti perkataan maaf itu dikeluarkan, selagi perkataan ini tidak diucapkan, kemarahan pasti tidak akan terhenti disitu. adakah ini yang aku inginkan di dalam kehidupan?? aku sepatutnya merasa kebahagiaan bukan sebaliknya. apabila kita tidak memaafkan orang, kita akan mula mendoakan orang itu kepada keburukan. Adil atau tidak keburukan dibalas dgn keburukan??

Apabila kita memaafkan orang lain, ianya akan membawa kita kepada sikap yang dipuji oleh Allah S.W.T ,orang suka memaafkan orang lain akan dimuliakan. Seorang pemaaf tidak dilihat sebagai seorang yang lemah, malah darjatnya dipandang tinggi, itu yang aku mahu.. huhuhu..semoga aku dapat mengatasinya..

Anggaplah setiap yang berlaku itu adalah ketentuanya, setiap hari dan ketika, kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain tak kiralah sengaja atau tidak..RUgi?? Tidak mungkin..!! Malah hidup akan lebih tenteram. Janganlah terlalu menyalahkan orang lain, harus aku cuba perbaiki diri sendiri, menyalahkan orang lain tidak membawa aku kearah yang lebih baik malah mungkin menjadikan keadaan lebih buruk.

Posted on 4:37 PM by TiM and filed under | 5 Comments »

Aku seorang pengasuh





Sementara aku sedang mencari pekerjaan baru, aku mengambil keputusan untuk menjaga anak suadara aku ( Irish Hasena) huhuhuhu..dari aku membuang masa yang tak bertempat, jadi aku pun jagalah anak saudara aku yg seoarg nie. Memanglah penat..same jugalah macam kite bekerja di mana2 pun. sambil2 tue dapat lah aku mengaply kerja yang ada di internet nie..tp sehingga sekarang masih tiada jawapan dari sape2..huhuhu..tak pe usaha lagi, insyaalah ada rezeki aku nnt, jangan cepat menagalah!!!!!!!!!!!..

seronok jaga baby nie..hari2 kita akan tengok perkembangan die dr mula menangis, senyum, ketawa, dan macam2 ragam lagi akan kite nampak sedar tak sedar shena 7 bulan sudah..nie aku sibuk menaip blog nie..die pun sibuk menjenguk aku dpn Pc,tenganga tgok bunyi keyboard unty die, sambil termenung melihat gelagat aku kat ats kerusi nie (tah apelah unty aku nie wat) skang shena sudah mula pandai memegang barang, ape yg die dapat pasti die belek lama2..seronok tgok die melihat sesuatu barang focus giler..hope shena belajar nnt pun focuslah cm tue..huhuhu..jangan cm unty die hilang focus..hehehehe..pagi2 cm nie die tgok astro CERIA..hahaha..aku pun dah tersangkut da.. seronok kot tgok colour2 yang kua dr skrin Tv tue..budak2 memang suke..skang die sedang menonton cerita 'FIFI' comel carton tue..senyum je shena,cm die yang jadi FIFI..ehehehe suke wat suara halus macam FIFI. Jup lagi kul 9am, masa aku mandikan baby..sukelah die main air nagn sabun, tak duduk diam, penat pegang time mandi..adoi...........habis kain die tarik, shena nie...kalu time die meragam masyaallah..memanglah tak leh lepas,asyik nk dukung je,memang tak boleh nk buat ape sudah,masuk toilet pun kene bawak die lah hahaha..adoi,sabar..

tak sampai hati lak nk tinggalkan shena..kalu dah kerja nnt..tp aku mesti mulakn hidup yang baru dan lebih baik, untuk masa depan aku juga,tak kan aku nk jaga die smapai ketua..aku ada jalan aku sendiri,Sampai bile harus bergantung pada orang je..harus ada kekuatan sendiri.. aku memanglah lemah sangat..aku akan cuba untuk menjadi yang lebih kuat dan hebat. Someone telah sedarkan aku, yang aku nie terlalu merendah diri,,emmm..tul tue, aku kurang keyakinan..thanks sedarkan aku..harus ada keyakinan yang lebih selepas ini. Ape yang diberi harus diterima dan digunakan sebaik mungkin. Terima kasih kepada kawan-kawan yang masih menyokong dan sentiasa memberi sokonagn pada aku untuk meneruskan hidup dan cita-cita aku. Hanya Allah yang dapat membalas segalah tunjuk ajar dan nasihat yg telah u all berikan..terharu,kerana masih ada yang sudi dan tidak jemu membantu aku. thanks to all..

Time shena nak mandi dan minum susu..jika ada masa yang terluang akan aku megupdate story yang lebih manarik lagi..bye..
Posted on 4:45 PM by TiM and filed under | 3 Comments »

Harus Berjaya..


Last Poss from me..


Lama sudah aku tidak mengupdate blog aku nie..huhuhu..aku bukan lah seorang penulis yang terbaik..tp mungkin ini satu permualaan untuk aku melatih diri untuk berbicara tentang diri aku sendiri..secara tidak lansung dapat mengurangkan stress di hati..heehhehe..sekarang aku tak wat pe2..still find some job insyaalah kalu ada..untuk memulakan satu hidup yg bermula dari 'A' semula memanglah mencabar..tapi aku harus teruskan hidup..yang telah terjadi dan telah berlaku sebelum ini harus dijadikan pengajaran untuk aku dan aku tak mahu berpatah kebelakang semula.. terus berjalan kehadapan ..masa tak mampu menunggu aku,bayak masa telah aku habiskan..argh!!!!!!!!! tidak..harus bangun semula, tiada lagi org membuli dan mempermainkan aku lagi..tiba masa nya aku buktikan yg aku mampu berjaya, dan ape yg aku katakan pada meraka harus menjadi kenyataan..harus buktikan apa yang mereka sidir2kan itu adalah kejayaan aku nanti. Cukuplah mereka memandang senget dan serong pada aku, we will see, mereka akan senget tgok kejayaan aku nnt..hahahhaha.. ayat tue tak pedas lagi..tercabar bila legokan badan dan reaksi mereka terhadap diri aku..seperti aku nie tak berguna..owh..macamlah aku tak persan,mungkin aku seorang yang sensitif, tetapi aku manusia yg memahami ape yang meraka ingin katakan, reaksi dan perbuatan sudah ternyata aku diketepikan..huis..harus tabah, buktikan aku boleh menjadi lebih hebat dari mereka semua..CINTA?? tiba masa untuk aku ketepikan untuk sementara waktu..Cinta telah melemhkan aku..tiba masanya aku tidak dipijak lagi. Pastikan aku sentiasa diatas, bukan dibawah lagi. Pastikan aku bahagia dengan kerjaya aku nanti, pastikan aku miliki ape yang aku inginkan,pastikan aku sentiasa bersama kamu (Tuhan aku yang satu) yang pasti kamu lebih mencntai aku..pastikan aku sentiasa bercita2 tinggi supaya aku berjaya nanti. Jodoh,Rezeki,Kebahagiaan, Hidup Dan Mati aku, hanya aku berserah pada yang Esa, sebagai hamba aku akan berusaha menjadi yang terbaik..insyaalah..AMIN.

The Adventure of Life is to LEARN, The Goal Of Life Is To GROW, The Nature Of Life Is to CHANGE, The Challenge Of Life Is To OVERCOME, The Essence Of Life Is to CARE, The Secret Of Life Is to DARE, The Beauty Of Life Is To GIVE, AnD The Joy OF Life Is To LOVE...







Posted on 1:43 PM by TiM and filed under | 1 Comments »