Sikap Pemaaf perlu ada pada Dalam Diri.


Assalamualaikum, have a good day to all may friend, last weekend aku ada terbaca satu article mengenai sikap pemaaf. Bukan mudah untuk kita sebagai manusia untuk memaafkan sesuatu perkara, lebih-lebih lagi melibatkan hati dan perasaan yang terguris sekian lama,mampukah kita mengatasinya? persoalan itu selalu berbisik di hati aku, harus, terpaksa, atau tak kisah akan keadaan seperti itu, sekiranya aku tidak memaafkan sesuatu pekara,akan berubahkah keadaan atau sebaliknya,maka selalunya aku akan memaafkanya. terlalu lembut sanagtkah hati aku ini sehingga kadang2 aku terasa aku selalu ditindas dan di pergunakan oleh orang lain.

Jelas sekali, apabila seseorang itu telah melakukan kesalahan, pasti akan timbul keinsafan. Apabila keinsafan mula menjelma, pasti akan keluar rasa sesal dan tindakan untuk memohon maaf. Sememagnya sikap yang mulia adalah sikap memaafkan orang lain. Sekiranya aku tidak memaafkan orang, maka dalam diri aku akan timbul sikap lebih buruk iaitu menjadi seorang yang mudah berdendam..hahhahaha..jahat lah pulak.

Amat penting adanya sikap memaafkan orang lain dalam kehidupan seharian. Harus aku sedari yang aku memiliki kelemahan dan kelebihan diri. Dan salah satu kelemahan kita adalah tidak mudah lari dari kesilapan. Maka dengan itu, kita akan memohon maaf daripada orang lain tetapi mengapa kita sendiri sukar untuk memaafkan orang lain apabila melakukan kesalahan??? Adil ke aku nie atau sebaliknya..huhuhuhu.. Kita terlalu mudah untuk menghukum tetapi kita sendiri tidak sanggup untuk menerima hukuman tersebut.

Kita sedia maklum apabila perkataan maaf keluar daripada mulut insan yang melakukan kesalahan itu sedikit sebanyak akan menyejukan hati. Kita sendiri ternanti-nanti perkataan maaf itu dikeluarkan, selagi perkataan ini tidak diucapkan, kemarahan pasti tidak akan terhenti disitu. adakah ini yang aku inginkan di dalam kehidupan?? aku sepatutnya merasa kebahagiaan bukan sebaliknya. apabila kita tidak memaafkan orang, kita akan mula mendoakan orang itu kepada keburukan. Adil atau tidak keburukan dibalas dgn keburukan??

Apabila kita memaafkan orang lain, ianya akan membawa kita kepada sikap yang dipuji oleh Allah S.W.T ,orang suka memaafkan orang lain akan dimuliakan. Seorang pemaaf tidak dilihat sebagai seorang yang lemah, malah darjatnya dipandang tinggi, itu yang aku mahu.. huhuhu..semoga aku dapat mengatasinya..

Anggaplah setiap yang berlaku itu adalah ketentuanya, setiap hari dan ketika, kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain tak kiralah sengaja atau tidak..RUgi?? Tidak mungkin..!! Malah hidup akan lebih tenteram. Janganlah terlalu menyalahkan orang lain, harus aku cuba perbaiki diri sendiri, menyalahkan orang lain tidak membawa aku kearah yang lebih baik malah mungkin menjadikan keadaan lebih buruk.

Posted on 4:37 PM by TiM and filed under | 5 Comments »

5 comments:

Faz Fazrin said... @ July 19, 2009 at 9:35 PM

maafkan la saye, dah 10 tahun awak tak maafkan saye...saya rasa tersiksa begini...maafkan saye(tipu)

xookx said... @ July 20, 2009 at 1:57 PM

hehe
dah main black n white ya

TiM said... @ July 20, 2009 at 2:14 PM

biler lak ko wat salah nagn aku faz?? huhuhuhu..terasa lak pulak..hehehehe..

syuk- sejak tgok pic u lah laling oii..teruja nk gune black n white. tp tak sehebat u lah huhuhu..

Faz Fazrin said... @ July 20, 2009 at 2:31 PM

saya mereka2 cerita je,hahaha

Anonymous said... @ July 21, 2009 at 5:37 PM

baikla saya maafkan awak
ada kena mengena ke?
hahaha