Merialisasikan Matlamat hidup.


Hidup ini perlukan Wawasan. Ia umpama kompas kehidupan yang memastikan bahawa aku berada diatas jalan dan landasan yang betul menuju penghujung perjalanan yang panjang ini. Wawasan dan matlamat juga menjadi pengukur kejayaan dan pencapaian aku. Tanpa wawasan, aku tidak tahu sama ada aku telah Berjaya atau sebaliknya kerana kejayaan itu sendiri sesuatu yang subjektif dan berbeza ukuranya dari seorang individu denagn individu yang lain.

Sebelum ini aku memliki wawasan dan matlamat hidup,tetapi setelah apa yang telah, berlaku ternyata aku adalah manusia yang terlalu lemah untuk menghadapi cabaran hidup aku sendiri. Oh!!!!! God.. harus bangun semula. Mulakan yang baru untuk Berjaya.!!!!!!!!!!!!!!1

Bagi seorang yang tidak mempunyai pekerjaan seperti aku, maka mendapat kerja tetap itu dilihat sebagai satu kejayaan. Sebaliknya, bagi yang sudah bekerja istilah Berjaya mungkin dari segi kualiti kerja, produktiviti atau kenaikan pangkat. Bagi seorang yang terlibat dalam perniagaan pula, istilah kejayaan bg dirinya mungkin dari segi keuntungan yang diperolehinya. Semakin untung mada die dikatakan sebagai semakin Berjaya.

Walau bagaimana sekali pun kejayaan itu dilihat ia adalah berdasarkan target awal yang telah kita tentukan. Jika kita mencapai apa yang sisasarkan maka bolehlah dikatakan sebagai Berjaya. Tanpa wawasan dan matlamat maka sukarlah untuk kita meletakan sasaran. Dan tanpa sasaran tidak mungkin kita boleh membuat perancangan yang teliti dan mengurus sumber dengan cekap.

Mungkin sebelum ini aku tidak Berjaya disebabkan aku tiada wawasan yang dituju. Aku meneruskan kehidupan seharian berdasarkan nasib atau perancangan yang ditentukan oleh orang lain. Aku sendiri tidak pernah meletakan matlamat dan tidak tahu apa yang berlaku dalam masa 10,15, atau 20 tahun yang akan datang. Sebaliknya, jika aku memiliki wawasan aku sendiri, aku sudah menjangkakan apa yang akan berlaku keatas diri aku kerana aku yang merangcang kehidupan aku dengan memastikan apa yang aku mahu lakukan, siapa yang boleh membantu, peluang yang bagaimana harus direbut dan sebagainya.

Apabila aku mempunayi wawasan maka mudahlah aku membuat keputusan . Wawasan menjadi panduan utama dalam proses membuat keputusan penting dalam hidup kelak. Kita boleh sentiasa meneliti sama ada keputusan yang akan diambil itu mendekatkan kita atau sebaliknya menjauhkan kita dari wawasan yang ada.Wawasan sebenarnya memberikan aku harapan ketika semua orang merasakan bahawa aku tidak boleh atau tidak mampu melakukan. Yang penting ialah aku mesti percaya dengan wawasan yang telah diletakan. Kalu aku tidak percaya maka sukarlah untuk meletakan komitmen dan kesungguhan, seperti yang telah berlaku dalam hidup aku sebelum ini.huhuhuhu…TIDAK!!!!!!!!!!!!

Menurut Pakar Motivasi Dr.Tengku Asmadi T.Mohamad, antara pekara penting dalam meletakan matlamat dan wawasan adalah:-

1. Wawasan mestilah sesuatu yang besar dan bermakna barulah ia mampu menjadi pendorong untuk kita merialisasikannya. Ia mesti cukup mencabar hingga dirasakan mustahil untuk dicapai. Ia mestilah sesuatu yang boleh diterima akal berdasarkan kekuatan diri kita, sumber-sumber yang kita ada dan mereka yang ada untuk membantu kita.


2. Wawasan mestilah ada tempoh masa untuk direalisasikan. Dengan adanya tempoh masa ia mewujudkan rasa kesegeraan. Ia menimbulkan kesedaran akan pentingnya setiap tindakan itu diambil sekarang, bukanya ditangguhkan.


3. Wawasan yang mahu dicapai itu mestilah jelas dan boleh digambarkan dan boleh diperincikan. Kebayakan kita berfikir dalam bentuk visual atau gambaran. Oleh itu, kalau kita boleh menggambarkan setiap wawasan yang mahu dicapai itu secara terperinci maka ia akan menjadi satu tarikan kuat yang akhirnya menuntut kita melakukan apa saja demi merialisasikanya.


4. Wawasan itu perlu dikongsi. Apabila kita mempunyai wawasan maka ia hendaklah dikongsikan dengan orang sekeliling. Maka dengan cara ini kita tahu bahawa apa yang kita inginkan itu bukanlah sesuatu yang sia-sia.


Posted on 5:00 PM by TiM and filed under | 0 Comments »

0 comments: