Tanggungjawab, Pengaruh dalam Kehidupan


Apabila kita berkata tentang tanggungjawab, kadang2 aku melihatnya daripaada sudut tanggungjawab kepada keluarga atau kerja sahaja. Tetapi aku lupa tanggungjawab aku pada pencipta. Tangguangjawab ini terlalu besar untuk dipikul. Namun, aku tidak boleh melihatnya sebagai satu bebanan semata-mata. Perlu terokai dalam diri aku, sejauhmana tanggungjawab yang dimiliki. sifat tanggungjawab ini sebenarnya telah berada dalam diri semenjak seseorang itu di lahirkan. Ia bukan datang sendiri tetapi dibentuk dr masa ke semasa.

Kita semua mempunyai peranan dan setiap peranan mempunyai tanggungjawab. Apabila aku mempunyai peranan sebagai seorang anak, maka aku harus menjalankan tanggungjawab berbakti kepada ibu bapa. Sebagai anak, adakah aku menjalankan tanggungjawab ini? begitu juga tangungjawab kepada ahli keluarga lain.

Dari sudut agama, peranan aku sebagai seorang hamba adalah tanggungjawab aku kepada TUHAN. Adakan kita disuruh melakukan tanggungjawab ini?? Sudah pasti Ya..kerana ia menjadi satu pekara wajib dan tiada alasan untuk menolak atau meminggirkanya. Dalam agama, kita telah diingatkan untuk menjadi seorang insan yang bertangguangjawab terhadap apa yang dilakukan. Seperti yang selalu diperkatakan "berani buat berani tanggung lah"ahahhahaha..sekarang baru aku sedar akan maksud tersurat itu. Tanggungjawab ini melibatkan peranan diri kepada TUHAN dan juga pada diri sendiri.

Aku harus menekankan dalam diri aku dengan rasa tanggungjawab yang menebal. Tangguangjawab ini datangnya daripada dalam hati. Apabila aku melaksanakan tnaggungjawab, secara tidak lansung, ia pelu dilakukan denagn jujur dan ikhlas kerana kita perlu melihatnya sebagai satu kewajipan. Jangan laksanakan tangguangjawab hanya kerana ingin menunjukan kepada orang lain bahawa anda bertanggungjawab. Ayat yang selalu aku dengarkan " yang kau suke menyibuk pe hal.." ahhahaha..seharusnya yang bertanya itu, yang perlu menjawabnya..sama ada dia melaksanakan tanggungjawab yang diberikan itu dengan baik atau tidak. jiKa tidak ada angin, masakan pokok boleh bergoyang. Pasti ada yang tidak sempurna betul tak..??

Pekara utama yang perlu ada didalam hati bagi memastikan rasa tanggungjawab itu sentaisa segar dan diperaktikan dalam kehidupan adalah dengan memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah bahawa tanggungjawab ini bukan hanya dunia tetapi kesanya adalah dimasa hadapan iaitu di akhirat. Semua yang kita lakukan akan dinilai kembali disana. Adakah aku telah bersedia untuk menghadapinya??huhuhu..

Sejauh manakah pentingnya sikap tangguangjawab ini kepada diri aku dan sebesar manakah kesan serta pengaruhnya dalam kehidupan aku?? ia terlalu besar untuk membentuk sasiah diri aku. pengaruh kepada sikap tanggungjawab ini akan mendorong orang sekeliling membuat andaian tentang diri aku. berbagai andaian telah aku terima, baik dan buruk..harus aku terima sambil tersenyum,kerana yang pasti bukan manusia yang mengetahuinya, hanya ALLAH yang Tahu. Maka yang baik harus bersyukur dan yang buruk harus di terima dan perbaiki. Aku mahu menjadi insan yang lebih cermerlang di dunia dan akhirat, insyaallah..
Posted on 2:58 PM by TiM and filed under | 1 Comments »

1 comments:

Faz Fazrin said... @ July 24, 2009 at 10:15 PM

semakin usia meningkat, semakin byk tanggungjawab,hehe